CODY Gakpo kembali tersenarai apabila Liverpool membuat perhitungan dengan Toulouse dalam Liga Eropah, awal pagi esok.
Penyerang Belanda itu mengalami kecederaan lutut dalam kekalahan 1-2 kepada Tottenham di penghujung bulan lalu dan selepas kembali berlatih untuk menghadapi kemenangan 'derby' 2-0 ke atas Everton pada hujung minggu, Gakpo kini tersedia untuk dipertaruhkan, kata Jurgen Klopp.
Andy Robertson pula selesai menjalani pembedahan bahu selepas tercedera ketika menjalani tugasan antarabangsa bersama Scotland, tetapi berdepan tempoh pemulihan yang lebih panjang.
“Robbo baru sahaja menjalani pembedahan dan segalanya berjalan lancar, jadi pemulihannya akan bermula sebaik dia bangkit,” kata pengurus itu.
“Saya rasa ia berlangsung pagi ini. Kami tidak tahu berapa lama ia akan mengambil masa berapa lama untuk sembuh tetapi langkah pertama telah dilakukan, itu bagus.
“Cody sudah mula menjalani latihan penuh sejak Ahad lalu dan ini bermakna dia bersedia untuk diturunkan.
"Apa sahaja yang tindakan yang kami, kami perlu menilainya tetapi ini satu perkembangan yang bagus."
Klopp membayangkan mahu merombak skuadnya untuk kunjungan ke Toulouse tetapi dengan perebutan di puncak Kumpulan E masih terbuka, dia enggan mengambil mudah.
“Toulouse berhak dihormati,” katanya.
“Mereka mempunyai cerita yang sangat menarik. Mereka memenangi Piala Perancis tahun lepas merupakan pencapaian yang besar.
"Mereka sebuah pasukan muda, berbakat, mereka beraksi dengan sangat bagus dan mereka mempunyai idea yang jelas." - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Oct 26 2023
Cody Gakpo kembali tersenarai apabila Liverpool membuat perhitungan dengan Toulouse dalam Liga Eropah, awal pagi esok.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
Liga Eropah: Cody Gakpo dalam perancangan Liverpool hadapi Toulouse
Cody Gakpo kembali tersenarai apabila Liverpool membuat perhitungan dengan Toulouse dalam Liga Eropah, awal pagi esok.
Liverpool sambar Cody Gakpo
Pemain berusia 23 tahun itu akan menjalani beberapa ujian untuk melengkapkan urusan perpindahan.
Cody Gakpo akan pertimbang kembali tawaran Manchester United
Gakpo dilaporkan menarik minat United, Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich menjelang jendela perpindahan bulan depan.
Man United tidak setaraf Real Madrid - Van Dijk tawar nasihat buat Gakpo
Van Dijk menyatakan saingan Liverpool, United bukan pasukan yang berkualiti seperti kuasa besar Eropah.